Doktor Temui Lebih 1,000 ‘Black Pearl’ Dalam Hempedu Lelaki Ini Selepas Mengadu Sakit Perut

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Bukan bertujuan untuk menakutkan sesiapa, terutamanya netizen, seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun Arak Wongworachat berkongsi gambar perut seorang lelaki berusia 60 tahun selepas melakukan pembedahan.

BACA : Cacing Sepanjang 1.8 Meter Dalam Perut, Punca Makan Daging Babi

Menurut Arak Wongworachat yang merupakan seorang doktor berasal dari Thailand itu terkejut apabila menemui lebih 1,000 biji ‘black pearl’ di dalam hempedu lelaki yang berusia 60 tahun itu.

Pada mulanya, lelaki itu telah datang ke hospital selepas mengalami demam, sakit perut dan matanya bertukar menjadi kuning dan mengatakan tiada selera makan selama beberapa hari.

Semasa doktor membuat imbasan ultrasound ke atas perut lelaki itu, mereka melihat terdapat seperti pepejal dalam perut lelaki itu menyebabkan pihak hospital terus mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan.

Sebaik sahaja hempedu lelaki itu dibuka, mereka dapati terlampau banyak ‘black pearl’ di dalam hempedu lelaki itu sehinggakan mereka terlepas kiraan pada ‘black pearl’ yang ke 800.

Tambah Arak lagi, lelaki itu telah menderita penyakit terbabit selama 5 tahun tanpa sebarang bantuan perubatan.

Bagaimanapun, korang jangan risau kerana ‘black pearl’ tersebut bukanlah daripada minuman boba milk tea yang trending dan selalu korang minum tu.

‘Black pearl’ tersebut terhasil disebabkan oleh radang kronik sehingga organnya itu dipenuhi dengan nanah yang kelihatan seperti boba.

Cacing Sepanjang 1.8 Meter Dalam Perut, Punca Makan Daging Babi

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*