“Dia Masih Punya Ego Melangit” – Doktor Tidak Puas Hati Cara Linda Rafar Minta Maaf Kepada Jururawat

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sebentar tadi kami ada mengemaskini mengenai Linda Rafar yang meminta maaf kepada ratusan netizen yang dikatakan memfitnah berikutan kemelut di antara Linda dan jururawat yang merawat ibunya semasa sakit dahulu.

BACA : Linda Rafar Minta Maaf Pada Ratusan Orang

Rupa-rupanya, permohonan maaf itu sebenarnya ditujukan kepada jururawat kerana Linda kalah kes dengan jururawat yang difitnahnya. Linda bakal membayar ganti rugi kepada Delegation of Nurses (DON) dan juga membuat permohonan maaf kepada jururawat terlibat.

Tetapi, permohonan yang dibuat oleh Linda Rafar melalui laman Instagram tidak menyentuh langsung perkataan ‘jururawat’ apatah lagi untuk menyebut nama jururawat yang didakwa difitnah oleh Linda.

Ini membuatkan seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Rusyainie Ramli, memuat naik status di laman Facebook, dia menganggap Linda Rafar masih mempunyai ego setinggi langit apabila membuat permohonan maaf tanpa menyebut spesifik pada jururawat yang difitnah.

“Selebriti tu dengar khabarnya bukan setakat nak kena bayar ganti rugi, tapi yang paling penting, dia mesti membuat permohonan maaf pada jururawat tu,

“Malangnya bila saya baca permohonan maaf di IG milik selebriti tu, interpretasi saya? Dia masih punya ego melangit. Langsung tak sebut pun spesifik pada jururawat yang difitnahnya!

“Perkataan jururawat pun tak ada. Dah bersalah pun masih tak mengaku. Tu macam minta maaf nak sambut hari raya. Saya pasti tu bukan permohonan maaf yang dipersetujui oleh pihak plaintif,” – Dr Rusyainie Ramli.

Rusyainie berharap pihak DON memandang serius cara Linda mohon maaf disebabkan selebriti itu seakan cuba meletakkan dirinya sebagai mangsa keadaan dan berharap jururawat itu meminta Linda menulis balik permohonan maaf dengan betul.

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Dakwa Difittnah, Linda Rafar Tuntut RM4 Juta Dari Doktor - TEHPANAS
  2. Dakwa Difitnah, Linda Rafar Tuntut RM4 Juta Dari Doktor - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*