Tak Salah Jual Banana Milk, Tapi Iklan Agak Mengelirukan” – Dr Amalina Minta Penjelasan Dari Neelofa

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Selepas netizen mempertikaikan mengenai produk minuman susu pisang keluaran selebriti Neelofa, kali ini pakar bedah iaitu Dr Amalina Che Bakri pula mahukan penjelasan dari Neelofa berkaitan ikan produk tersebut.

BACA : Mahu Kembangkan Bisnes Hingga Luar Negara, Neelofa Berhajat Beli Jet Peribadi

Menerusi laman sosial Twitter Dr Amalina, dia mendedahkan iklan produk Nilofa Banana Milk itu dikatakan palsu dan mengelirukan pengguna.

“Hi Neelofa, saya harap anda dan pasukan anda dapat menjelaskan perkara ini? Sudah tentu tidak salah untuk menjual susu pisang, tetapi iklan itu agak mengelirukan.

“Saya pasti anda tahu bahawa anda tidak dibenarkan mengiklankan hingga keterlaluan terutamanya hal berkaitan manfaat kesihatan. Bolehkah anda jelaskan? Terima kasih,” – tulis Dr Amalina di Twitter.

Netizen juga mendakwa produk Nilofa itu menggunakan ‘false advertising’ serta ‘overclaim’ dan mendakwa kandungan gula yang tinggi dalam produk terbabit.

Bagaimanapun, salah seorang daripada grup stokis produk tersebut tampil menjelaskan situasi sebenar dengan menyalahkan ejen produk tersebut yang mengiklan secara berlebihan.

Oh, jadi Neelofa tak bersalah kot dalam soal ni kan? Heh…

Mahu Kembangkan Bisnes Hingga Luar Negara, Neelofa Berhajat Beli Jet Peribadi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Bangsa Melayu Juga Yang Jatuhkan Bangsa Melayu" - Neelofa Kesal Dr Amalina Tegur Produk Susu Pisang - TEHPANAS
  2. “Bangsa Melayu Juga Yang Jatuhkan Bangsa Melayu” – Neelofa Kesal Dr Amalina Tegur Produk Susu Pisang - Hmetro Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*