Tercemar Bakteria Najis, Dua Jenama Minuman Botol Ditarik Balik

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Kementerian Kesihatan mendapati dua jenama minuman botol jenama Starfresh dan Waterfuns mengandungi ‘pseudomonas aeruginosa’, yang melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

Dua jenama minuman botol itu ditarik dari pasaran selepas beberapa sampel didapati tercemar dengan bakteria yang biasanya terdapat dalam najis, tanah dan kumbahan.

Kementerian juga telah mengarah syarikat itu untuk menarik balik produk ari minuman botol 500ml dan 1500ml dengan tarikh luput 11 Mei 2021 dan 13 Mei 2021.

Sabtu lalu, Agensi Makanan Singapura (SFA) menyatakan bahawa semua minuman botol import dan air mineral dari pengeluar itu diberhentikan serta-merta, selepas pengesanan bakteria pseudomonas aeruginosa untuk kali kedua.

Sumber : The Star

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*