Eina Azman Fitnah Uqasha Senrose Goda Suami Rebecca Nur Islam?

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Ingatkan pergaduhan antara pelakon Datin Paduka Eina Azman dan pelakon Datin Rebecca Nur Islam dah tamat, rupanya masih berpanjangan bermula beberapa tahun lalu.

BACA : Eina Azman Beri Penjelasan Isu Kereta Chevrolet Camaro Parking Di Petronas

Agak lama menyepi, timbul semula nama kedua selebriti itu hangat diperkatakan dan kali ini nama pelakon Uqasha Senrose turut terkait sama apabila dia dituduh cuba menggoda suami Rabecca seperti yang didakwa oleh Eina.

Menerusi Instastory, Rebecca memuat naik screenshot WhatsApp perbualannya dengan Uqasha yang bertanyakan tentang dakwaan tersebut, namun Rebecca terkejut dengan pertanyaan Uqasha dan mengatakan perkara itu adalah fitnah.

Bengang dengan perkara terbabit, Rabecca memuat naik status menyelar tindakan Eina Azman yang menyebarkan fitnah tersebut dan masih mahu mengganggu hidupnya serta mahu orang membencinya.

Tidak mahu berdiam diri, Eina Azman juga dilihat turut memuat naik status di Instastory tentang fitnah dan sudah pasti merujuk kepada isu tersebut.

Siapa fitnah siapa?

Sumber : CARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*