“Saya Mahu Polis Mohon Maaf” – Eizlan Yusof Kecewa Polis Nafi Anak Terlibat Kemalangan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof meluahkan rasa kecewa dengan kenyataan polis yang menafikan anaknya, Zareef Yusof Idris, 9 tahun, terlibat dalam kemalangan di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor pada Khamis lalu.

Menurut Eizlan, kegagalan polis melakukan siasatan menyeluruh berhubung kemalangan itu memberi gambaran buruk terhadap anaknya kerana dianggap menipu berhubung insiden berkenaan.

Eizlan juga menjelaskan dia mempunyai bukti dan pengesahan perubatan daripada Hospital Tunku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam bahawa Zareef terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Dia juga hairan bagaimana polis boleh mengeluarkan kenyataan bahawa Zareef tidak terlibat dalam kemalangan.

“Saya kecewa apabila polis menafikan anak saya terlibat dalam kemalangan dan perkara itu memberikan gambaran negatif terhadap saya, anak dan kru penggambaran. Saya tuntut polis melakukan permohonan maaf dalam semua platform media cetak dan elektronik sebelum 31 Julai ini,” – Eizlan Yusof.

Eizlan turut menegaskan sekiranya pihak polis gagal membuat permohonan maaf dalam tempoh yang ditetapkan, dia tidak teragak-agak untuk membawa isu berkenaan ke mahkamah, memetik mStar.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon yang menafikan penglibatan Zareef dalam kemalangan tersebut kerana ibu saudara Zareef iaitu Nur Zuriati tidak menyebut nama kanak-kanak itu dalam laporan polis yang dibuat selepas kejadian.

Terdahulu, pada 11 Julai lalu, media melaporkan Zareef yang turut berada dalam kereta Toyota Vios yang dipandu ibu saudaranya, Nur Zuriati Mohd Rijaluddin, 23, terlibat dalam kemalangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. “Saya Mahu Polis Mohon Maaf” – Eizlan Yusof Kecewa Polis Nafi Anak Terlibat Kemalangan - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*