“Makan Pun Dah Takde Selera” – Elfira Loy Akui Alami Trimester Ketiga

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Menanti saat menjadi seorang ibu, banyak perkara yang perlu pelakon Elfira Loy lalui dan terbaharu, dia kini hilang selera makan dan hanya menggemari hidangan manis sahaja gara-gara memasuki trimester ketiga.

BACA : Kandungan Mencecah 7 Bulan, Elfira Loy Belajar Cara Menyusu Bayi

Menerusi perkongsian di Instagram, Elfira juga mengaku dia mengalami kemalasan dan cepat penat untuk melakukan sesuatu biarpun dalam fikirannya banyak perkara yang perlu dilakukan.

“Imbas belakang sahaja mampu kerana ‘kemalasan’ trimester ketiga sudah datang.

“Jadi, berat untuk buat macam-macam walaupun dalam kepala nak buat ini nak buat itu.

“Makan pun sudah tak ada selera. Yang manis sahaja okay tetapi kena kawal pula,” – tulis Elfira di Instagram.

Perkongsian Elfira mendapat perhatian peminatnya dan ramai yang meninggalkan komen berbentuk tips untuk seorang yang bergelar ibu.

Ada juga yang sarankan untuk dia memakan buah-buahan sekiranya tiada selera makan dan ada juga yang melarang dia terus untuk mengambil makanan yang manis sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

4 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Besarnya Perut, Kembar Agaknya" - Perut Nampak Besar, Peminat Jangka Elfira Loy Lahir Anak Kembar - TEHPANAS
  2. “Besarnya Perut, Kembar Agaknya” – Perut Nampak Besar, Peminat Jangka Elfira Loy Lahir Anak Kembar - Info Sebenar
  3. “Tak Pernah Nangis Sebab Orang Letak Nasi Sikit Nak Makan,” – Elfira Loy - TEHPANAS
  4. “Tak Pernah Nangis Sebab Orang Letak Nasi Sikit Nak Makan,” – Elfira Loy - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*