Fara Mendoza Dirasuk Masa ‘Clubbing’ di Kelab Malam, Rakan Bacakan Ruqyah Untuk Menenangkannya

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Agak jarang melihat kelibat pelakon Fara Mendoza di kaca TV dan sebelum ini aktres wanita itu juga sering dikaitkan dengan kontroversi panas.

BACA : “Saya Tidak Pergi Kelab Malam Pada Bulan Ramadan” – Eyka Farhana

Menrusi dua rakaman video tersebar di Facebook Habang Bawang, Fara atau nama sebenarnya Faralina Md Yunus didakwa dirasuk oleh makhluk halus ketika berada di pusat hiburan.

Jika dilihat di dalam dua rakaman tersebut, Fara yang dikatakan mengalami gangguan makhluk ketika sedang berhibur di kelab malam dan di pusat karaoke itu meronta-ronta.

Dalam pada itu, beberapa rakannya cuba menenangkannya dengan membaca doa ayat-ayat suci Al-quran, namun Fara terus meronta-ronta seperti dalam kesakitan.

Bagaimanapun, ada juga dakwaan yang mengatakan sebenarnya pelakon wanita itu bukanlah dirasuk, tetapi dia berada di bawah pengaruh dadah membuatkan dia bertindak sedemikian.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada pelakon itu dan kita tunggu apa kata tuan badan nanti!

Video Fara Mendoza Kena Rasuk di Kelab Malam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*