“Baru Lepas Pijak Kepala Pekerja…” – Fareez Fauzi Dedah Cerita Artis ‘BBNU’ Cekik Staff Stesen Minyak

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan daripada kejadian penyanyi ‘BBNU’ mencekik pekerja stesen minyak di Ampang Rabu lalu, penyanyi Fareez Fauzi mendedahkan cerita sebenar apabila dia terpalit dengan kontroversi itu.

BACA : Artis ‘BBNU’ Ditahan Polis, Cekik Pekerja Stesen Minyak & Cabar Polis

Rupa-rupanya, penyanyi yang ditahan polis itu adalah rakannya yang menumpang kereta Fareez dan meminta menghantarnya ke pejabat di Setapak.

Menurut Fareez, dia dah hampir sebulan tidak berjumpa rakannya dan memberitahu, semasa hari kejadian, rakannya itu sangat pelik kerana asyik marah-marah sahaja.

“Dalam perjalanan, saya singgah nak isi minyak. Dia pula masuk dalam kedai sebab katanya nak beli pen dan air,” – jelas Fareez kepada Harian Metro.

Selepas menunggu setengah jam di dalam kereta, Fareez berasa lain macam apabila rakannya masih tidak keluar menyebabkan dia mengalihkan kereta ke depan kaunter pembayaran dan melihat rakannya sedang berbual dengan pekerja di kaunter.

“Tak lama selepas itu, dia keluar dan beritahu baru saja pijak kepala pekerja di situ. Saya terkejut dan ingat dia bergurau.

“Dia masuk semula dan kereta polis datang. Saya cuba tenangkannya, tapi tak boleh juga. Itu yang polis terus bawa ke balai,” – Fareez Fauzi.

Disebabkan Fareez bersama rakannya, polis memanggilnya untuk memberi keterangan mengenai kejadian itu dan menegaskan bahawa bukan dia yang mencekik pekerja stesen minyak itu.

“Dia ada cerita kemurungan sebab selalu kena kecam dengan warganet. Katanya, orang tak boleh faham dia. Hinggakan dia boleh tulis lirik di tangan.

“Dalam masa sama, dia cakap ibunya sedang sakit dan bertungkus lumus nak cari duit,” – Fareez Fauzi.

Fareez menjelaskan lagi, rakannya itu masih direman dan akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk perbicaraan.

Selain, Fareez Fauzi, nama penyanyi Haqiem Rusli juga dikaitkan dengan insiden ini dan fakta yang dicertikan oleh Fareez ini menunjukan kepada penyanyi yang popular bergaduh dengan pengarah muzik radio Era baru-baru ini iaitu Zynakal.

“Dia Tak Tidur 4 Hari” – Caprice Dedah Masalah Sebenar Zynakal, Netizen Dakwa Ambil Dadah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Artis 'BBNU' Zynakal Didenda RM2,800 Cederakan Pekerja Stesen Minyak & Halang Kerja Polis - TEHPANAS
  2. Artis ‘BBNU’ Zynakal Didenda RM2,800, Cederakan Pekerja Stesen Minyak & Halang Kerja Polis - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*