Farid Kamil Kembali Ke Penjara Selama 9 bulan Selepas Rayuan Ditolak

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil, kembali ke penjara sejak Khamis lalu, selepas rayuannya untuk mengetepikan hukuman penjara selama sembilan bulan ditolak Mahkamah Tinggi, Shah Alam selepas disabitkan dengan kesalahan dadah.

BACA : Farid Kamil Dedah Cerita Sebenar Tidak Sertai Filem Remp-It 2

“Hukuman penjara terhadap tertuduh berkuat kuasa sejak Khamis minggu lalu,” jelas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ab Karim Ab Rahman kepada Berita Harian.

Difahamkan, suami kepada pelakon Diana Danielle itu hadir bersendirian ke mahkamah tanpa ditemani ahli keluarga dengan menunggang motosikal.

Sebelum ini, Farid Kamil dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan selepas disabitkan dengan kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu.

Bagaimanapun, selepas 35 hari menjalani hukuman di Penjara Kajang, Ab Karim membenarkan penangguhan hukuman terbabit selepas permohonan rayuan difailkan pelakon berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*