“Saya Sangat Kecewa Dengan Farid” – Farid Kamil Tolak Tawaran Zul Huzaimy Untuk Remp-It 2

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pelakon Zul Huzaimy meluahkan rasa kecewa terhadap rakan seperjuangannya apabila mengambil keputusan menarik diri daripada menjayakan filem Remp-It 2 berikutan pengarah bersama iaitu Datuk Farid Kamil mahu menghasilkan filem sendiri.

BACA : Hukuman Farid Kamil Ditangguhkan Selepas Jalani 35 Hari Di Penjara

“Saya sangat kecewa dengan Farid. Dulu kami bersama-sama, tetapi kini dia mahu bergerak sendiri,

“Berdasarkan perjanjian, Farid mendapatkan tajaan berjumlah RM3 juta manakala saya menguruskan skrip filem.

Perjanjian turut menyatakan keuntungan Remp-It 2 akan dimasukkan ke akaun kelab untuk kebajikan ahli,”- Jelas Zul Huzaimy kepada Harian Metro.

Menurut Zul Huzaimy, Farid melanggar perjanjian apabila mengetepikan pembabitan ribuan pelakon tambahan yang juga ahli Kelab Spark Malaysia.

“Saya ada menerima jemputan Farid sebagai pelakon dalam filem arahannya. Bayaran yang ditawarkan memang lumayan tetapi jika bersetuju, saya menafikan hak ahli yang bersusah payah dengan filem asal,” – Zul Huzaimy.

Zul Huzaimy juga menjelaskan sebaik sahaja kes mahkamah Farid selesai, dia akan menghasilkan filem sendiri berjudul Lagenda Budak Motor Cup Prix dan menolak tawaran malah tidak akan menjayakan Remp-It 2 kerana skrip filem bukan mengenai aktiviti permotoran.

Bukan itu saja, Zul Huzamiy memberitahu ahli kelab terbabit mengumpul dana puluhan ribu ringgit untuk membantu Farid di mahkamah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Farid Kamil Dedah Cerita Sebenar Tidak Sertai Filem Remp-It 2 - TEHPANAS
  2. Farid Kamil Dedah Cerita Sebenar Tidak Sertai Filem Remp-It 2 - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*