“Usia Saya Ini Memang Risiko Untuk Hamil” – Fasha Sandha Bidas Dakwaan Umum Awal Punca Gugur

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sebelum ini, ramai yang mengecam tindakan Fasha Sandha yang terlalu awal mengumumkan tentang kehamilannya sehingga menyebabkan kandungannya itu mengalami keguguran.

BACA : “Diam-diam Jangan Cakap, Jangan Degil Sangat” – Peminat Nasihat Fasha Sandha Keguguran

Namun, Fasha menganggap apa yang terjadi itu bergantung kepada nasib dan refasha szeki seseorang itu, memetik mStar.

“Sebenarnya ia bergantung pada nasib dan rezeki seseorang itu sebab sebelum ini saya hamil Raysha, saya ada umum juga ketika kandungan di peringkat awal.

“Ada orang hamil lima bulan pun boleh mengalami keguguran. Semuanya adalah rezeki. Tak ada pun orang mengatakan kalau umum hamil awal nanti ada sesuatu tidak baik berlaku.

“Tapi saya tidak kisah apa orang nak kata. Ikut pada mereka yang ingin menilai sebab semuanya berbalik kepada soal rezeki,” – Fasha Sandha

Fasha menjelaskan lagi dia akan lebih berjaga-jaga sekiranya diberikan rezeki untuk hamil sekali lagi dan mendedahkan pada usianya itu memang memang mempunyai risiko untuk hamil.

“Di usia saya ini memang mempunyai risiko untuk hamil tapi apa yang saya dapat belajar selepas ini supaya tidak terlalu aktif di masa hadapan.

“Jika hamil lagi, saya perlu banyak berehat dan tak boleh lakukan banyak aktiviti sehingga tidak sedar diri sedang mengandung,” – Fasha Sandha.

Tambah Fasha, sekiranya dia mengandung lagi, dia juga akan banyakkan berehat dan tidak boleh melakukan banyak aktiviti seperti sebelum ini.

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Berlagak Nak Mampus..." - Peminat Bengang Fasha Sandha Tolak Permintaan Untuk Berselfie - TEHPANAS
  2. “Berlagak Nak Mampus…” – Peminat Bengang Fasha Sandha Tolak Permintaan Untuk Berselfie - Hmetro Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*