Fasha Sandha Dedah Bukti Jejai Gila Talak?

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Selepas penceraian Fasha Sandha dan Jejai, jarang kita mendengar kisah bekas suaminya dan perhubungan diri Fasha Sandha sama ada masih berkawan seperti biasa demi anak-anak.

BACA : Nora Danish Punca Rumahtangga Fasha Sanda & Jejai Bergolak

Mungkin dari dulu Fasha pendamkan apa yang terbuku di hatinya yang hidup sebagai ibu tunggal kerana Fasha terlah berkongsi sesuatu yang menggemparkan di Instagram miliknya, dia mendedahkan cerita yang mungkin sudah lama terpendam dari pengetahuan umum terutamanya peminat dan media massa.

Ternyata apa yang dibuktikan oleh Fasha melalui perkongsiannya itu mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku antara dirinya dan bekas suaminya serta keluarga bekas suaminya. Mungkin punca keretakan rumah tangga mereka suatu ketika dulu.

Mungkin seringkali privasinya diganggu menyebabkan Fasha tidak tahan untuk melarikan diri dan menjauhjan diri daripada Jejai yang seringkali mengganggu dirinya.

Lihat saja apa yang dikongsi oleh Fasha, ternyata panggilan telefon daripada Jejai setiap saat menyebabkan dirinya terganggu kot? Oppss… no handphone Jejai pun tak save tuu..

Oh ya, di bawah adalah ayat-ayat ‘cinta’ dari Instagram Fasha Sandha tersebut.

Bismillahirahmanirahim.
Bila kita diatas; selalunya nasib lebih memihak kepada kita.
Tapi jangan lupa, keadilan di Akhirat kelak.. Allah lebih mengetahui, satu persatu amalan kita dan segala yang kita lakukan.
.
Saya tak suka nak kongsi cerita di media sosial, tapi mungkin malam ni, saya buat untuk kebaikan saya dan keluarga saya. .
.
Dulu orang mengherdik saya, mencaci hina saya, tanpa usul periksa. Saya tidak boleh membuka mulut untuk membela diri saya dan keluarga. Orang tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Berapa kali saya melarikan diri dan menjauhkan diri daripada dia agar saya tidak bersama dengan dia.Saya tahu betapa bencinya keluarga dia kepada saya. Ditambah pula dengan ‘HASUTAN’ orang yang lama.
Apapun, Takdir Allah kami bersama.
Masa telah berlalu; ianya tidak berkekalan diatas ‘SEBAB2 TERTENTU’
Saya yakin, anda boleh fikir sendiri apakah sebabnya..
.
Saya cuma berharap; ada yang dapat memberikan kesedaran kepada mereka; bahawa bukan saya; bukan saya yang tergila2 ; bukan saya; tetapi DIA. Semuanya berBUKTI

Selepas tidak bersama;
Kalau nak dihitung, dah dekat beribu missed calls di masa2 yang weird; beribu messages, beribu voice notes yang telah saya rakam;
saya akan gunakan demi membela diri saya; demi MARUAH saya.
Belajar menghormati privasi saya
.
.
Please Get well soon, to u and family;
Akan ku buka satu demi satu.
Biar semua orang tau…kisah sebenar.
Demi membela diri. .
Silakan lah berikan ni kepada pihak mereka. .
Agar mereka sedar siapa yang GILA

#akudahmoveonkaucariPASAL
#semogaINSAF
#semogakeluargakausedarKAUGILA
#akankubukasatupersatu
#biladahgelabahkauSAMANsanasini
#akuadabukti
#akubaikkaupijakkepala
#kaumasihlagigila
#dramaseribuepisod

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. Fasha Sandha Dedah Perbualan Whatsapp Dengan Jejai, Paksa Jumpa Jam 5 Pagi
  2. Bengang Dituduh Halau Fasha Sandha Dari Majlis, Suami Nora Danish Beri Respon
  3. Bengang Dituduh Halau Fasha Sandha Dari Majlis, Suami Nora Danish Beri Respon - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*