“Saya Rasa Tenang Dengan Imej Baru Ini” – Fathia Latiff Buka Tudung

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Ternyata spekulasi Fathia Latiff membuka tudung sebelum ini ternyata benar apabila Fathia mendedahkan yang dirinya mengambil keputusan tidak lagi berhijab dan tampil dengan imej baru.

BACA : Muat Naik Gambar Tidak Berhijab, Fathia Latiff Dah Buka Tudung

Fathia dengan imej baharu yang kini berambut pendek mendakwa tindakannya membuka hijab dilakukan beberapa hari lalu tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

“Saya benar-benar rasa lapang dan tenang dengan imej baru ini, apatah lagi keputusan ini datang dari diri saya sendiri.

“Apa yang penting sekarang saya boleh jadi diri sendiri dan tidak menipu diri sendiri.  Saya baru perasan apa yang saya lakukan sebelum ini (berhijab) sebenarnya saya sedang kecewa dan murung,” – Fathia Latiff

Menurut mStar sepanjang tiga tahun Fathia memakai hijab dia berasa dirinya tidak ikhlas dan terpaksa serta hendak meneruskan hidup seperti sedia kala.

Gambar Fathia buka tudung dengan imej baharu yang digemarinya (kredit : mStar)

Dia juga sudah bersedia untuk berdepan kecaman dengan ‘Persatuan Bawang Malaysia’ dan kritikan netizen terhadap imej baharu itu yang sangat dia gemari dan berhadap agar peminat dapat menerima imejnya suatu hari nanti.

Nampak gayanya seorang demi seorang, artis Malaysia yang berhijab telah membuka tudung. Terdahulu, Uqasha Senrose dan diikuti oleh Emma Maembong yang membuka tudung. Next?

Video pengakuan Fathia Latiff kini tidak bertudung

“Selama saya pakai tudung saya rasa menipu dan terpaksa” – Fathia Latiff Buka TudungBerita penuh : http://bit.ly/2UTVeJJ

Dikirim oleh TEHPANAS pada Rabu, 24 April 2019

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. "Doakanlah Yang Terbaik Untuk I" - Fathia Latiff Kongsi Foto Dicium & Dipeluk Lelaki - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*