“Mereka Mempergunakan Saya” – Fathia Latiff Akui Terpaksa Buang Kawan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Fathia Latiff memohon maaf kerana terpaksa ‘membuang’ rakan-rakannya sebelum ini termasuklah seorang pelakon popular yang didakwa cuba mempergunakan dia untuk kepentingan peribadi.

BACA : Muat Naik Gambar Bertudung di Instagram, Fathia Latiff Berhijab Semula?

Tindakan Fathia itu juga untuk memastikan dia dapat terus bertahan dalam industri hiburan dan mengakui tersalah memilih kawan menyebabkan reputasinya rosak dan terkait dengan pelbagai kontroversi.

“Kebanyakan mereka guna gambar saya, menjaja cerita demi kepentingan peribadi untuk mendapatkan populariti. Bagi saya, populariti itu bukan lagi keutamaan dalam hidup,

“Apabila nama saya rosak, penggiat seni termasuk penerbit dan pengarah mula tidak percaya kepada bakat dan cara saya bekerja. Saya harus menyayangi diri saya terlebih dulu sebelum saya mahu memikirkan orang lain.” – Fathia Latiff.

Fathia menjelaskan lagi, selepas apa yang berlaku, dia mula matang dan berfikir bahawa rakan bukan lagi keutamaan dan disebabkan itu dia nekad untuk menjauhkan diri, memetik Harian Metro.

“Mereka gunakan gambar saya dan mereka menjaja cerita buruk saya. Jelas sekali cuba mempergunakan saya untuk kepentingan peribadi. Cukup-cukuplah! Saya sudah tidak mahu lagi perkara seperti itu terus berlaku,” – Fathia Latiff.

Fathia turut mengakui sudah dua tahun dia menjauhkan diri daripada mereka, tapi dalam waktu sama mereka termasuklah pelakon itu terus mengaitkan dia dengan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan reputasi dan maruah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Sukar Untuk Saya Jelaskan Sebab Sebenar Saya Buka Tudung” - Fathia Latiff - TEHPANAS
  2. “Sukar Untuk Saya Jelaskan Sebab Sebenar Saya Buka Tudung” – Fathia Latiff - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*