“Maaf Ya Fazley… Saya Tak Minat Artis-Artis Ni” – Fazley Yaakob Kecewa Makcik Tak Suka Artis Tapi Ambil Gambar Curi

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Penyanyi Dato’ Fazley Yaakob meluahkan rasa kecewa dengan seorang makcik yang tidak menghormati privasi artis sebagai manusia biasa apabila mengambil gambar curi dirinya dan keluarganya semasa di tepi pantai.

BACA : Fazley Yaakob Stress, Isteri Terpaksa Buang Air Tepi Jalan

Sebelum itu, makcik tu dan ahli keluarganya datang dan duduk di sebelah Fazley dan anak-anak sambil makcik tu dan anak-anaknya mengambil gambar secara sembunyi-sembunyi, malah ada yang berteriak tentang kewujudan ‘artis’ kepada ahli keluarga lain.

Tidak selesa dengan situasi sedemikian, chef selebriti itu cuba menegur keluarga berkenaan untuk mengambil gambar secara selfie bersama dirinya, namun jawapan makcik itu sangat memalukan dirinya.

“Actually saya kemudiannya offer, “Nak ambil gambar ke makcik? Jomlah saya pegangkan camera kita selfie!” Tahu apa dia jawab? “ Maaf ye Fazley, saya tak minat artis2 ni!” Hahahaha luah mati mak telan mati bapak jadinya,” – tulis Fazley Yaakob di Instagram.

Tak minat artis, tapi ambil gambar curi berselfie dengan artis. Hmmm…

Fazley Yaakob Stress, Isteri Terpaksa Buang Air Tepi Jalan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*