Fazura Mengamuk Di Instagram Sebab #KimK

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pelakon wanita yang sememangnya jelita, Fazura telah mengamuk di laman Instagram dan memuatnaik semula gambar (screenshot) komen peminatnya dengan ayat-ayat yang ‘pedas.’

Peminat Fazura ini telah memberi komen salah satu gambarnya dengan ayat ‘mcm KimK yang depan tu’ telah disalaherti apabila hashstag #KimK dimaksudkan dengan perkataan yang anda pun tahu kan?

Alahai Cik Fazura, apa yang dimaksudkan dengan hashtag KimK itu sudah pasti untuk artis antarabangsa Kim Kardashian dan bukannya mengutuk engkau dengan perkatakaan yang tak senonoh itulah… Hmmm, harap muka jer lawa…

Ramai yang membidas dan memberi komen pada Instagram Fazura supaya beliau faham dengan maksud sebenar, tetapi akhirnya gambar tersebut telah dipadam oleh Fazura dan terus senyap tanpa memberi komen atau meminta maaf atas kekhilafan sendiri yang tak mahu ambil tahu pasal dunia internet sekarang.

Untuk artis-artis Malaysia lain kat luar sana, sebelum komen atau nak menghentam peminat atau followers anda di laman sosial, selidik dahulu ya, nanti tak pasal-pasal malu macam si Fazura ni. Muka cantik tapi…

Isu ni bukan sahaja viral kat Instagram, malah kat Twitter dan Facebook pun viral. Kita tunggu apa kata Fazura nanti dengan isu #KimK ini.

ArtisBuzz – Malu oi kalau artis negara lain tahu pasal benda #KimK ni pun jadi isu.

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Kutipan Filem ‘J Revolusi’ Meningkat RM2 Juta Dalam Masa Empat Hari
  2. Bengang Dengan LFPM, Fazura Nekad Mahu Tonton ‘Beauty & The Beast’ Di Luar Negara

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*