Bengang Dengan LFPM, Fazura Nekad Mahu Tonton ‘Beauty & The Beast’ Di Luar Negara

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Fazura meluah kekesalan dan berasa kecewa di laman sosial Twitter apabila tayangan filem antarabangsa kegemarannya iaitu Beauty & The Beast telah dipotong babak jika ditayangkan di Malaysia.

BACA : Fazura Mengamuk Di Instagram Sebab #KimK

Mungkin kerana minat daripada kecil dengan cerita dongeng itu, akhirnya Fazura nekad akan menonton filem Beauty & The Beast di luar negara. Mungkin di Singapura? Indonesia? Thailand? Ya, negara tersebut pun luar negara bukan? Ahaks!

Luahan hati Fazura yang mendakwa iman ‘mereka’ senipis kulit bawang kerana penangguhan filem tersebut yang sepatutnya ditayangkan pada Khamis ini. Siapakah ‘mereka’? Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LFPM)?

Oleh kerana luahan yang didakwa terpesong itu, Fazura dikecam di laman Twitter miliknya oleh netizen.

“Saya mahu menonton filem itu di luar negara kerana saya diberitahu ada babak yang dipotong jika ditayangkan di Malaysia.

“Saya ingin menonton secara (pemikiran) orang dewasa dan tidak mahu orang lain menganggap akidah saya boleh terjejas apabila menonton filem itu.

 “Saya rasa semua orang sudah dewasa dan ada pegangan agama masing-masing,” – Fazura

Babak yang terpaksa dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LFPM) pada filem itu pada babak gay dan barulah boleh ditayangkan di Malaysia.

Tetapi syarikat Walt Disney tidak membenarkan filem itu ditayangkan di Malaysia kerana suntingan babak tersebut yang dianggap sudah mencacatkan filem tersebut.

Jangan katakan Malaysia, negara Rusia pun melarang remaja bawah 16 tahun untuk menonton filem tersebut dan pawagam di Alabama, Amerika Syarikat juga mengharamkan filem ditayangkan kerana watak gay.

ArtisBuzz – Muka lawa, tapi otak sempit…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Animasi Upin Ipin DIHARAMKAN Sebab Watak Gay Abang Salleh
  2. Animasi Upin & Ipin DIHARAMKAN Sebab Watak Gay Abang Salleh

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*