“Saya Memang Nak Kahwin, Tapi Bukan Tahun Depan” – Fikry Ibrahim Hantar Rombongan Merisik Siti Nordiana?

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pelakon Fikry Ibrahim baru-baru ini dikatakan menghantar rombongan merisik dan bakal berkahwin dengan penyanyi Siti Nordiana atau Nana pada tahun hadapan.

BACA : “Saya Janda Anak Satu, Boleh Terima Ke Status Saya Tu? – Siti Nordiana

Bagaimanapun, Fikry menafikan spekulasi tersebut dan memberitahu dia ada perancangan untuk mengakhiri zaman bujang dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Merisik dan bakal berkahwin itu memang tidak benar. Tahun hadapan saya akan sibuk sebab nak fokus pada kerjaya dan perniagaan sahaja.

“Saya memang akan berkahwin tapi sasaran saya untuk tamatkan zaman bujang itu pada tahun 2021 atau 2022,” – jelas Fikry kepada mStar.

Sebelum ini, Fikry turut dikatakan sudah menghantar cincin merisik kepada Siti Nordiana selain menghantar rombongan merisik Siti Nordiana secara senyap.

Menurut Fikry, dia mengambil gosip tersebut secara positif selagi perkara itu tidak menimbulkan fitnah yang menjejaskan nama mereka.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*