“Saya Cuba Elak, Bukan Tidak Akan Sentuh Langsung” – Fikry Ibrahim Jelaskan Isu Sentuh Pelakon Wanita

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Baru-baru ini pelakon Fikry Ibrahim dikecam oleh peminat dan netizen apabila didakwa mungkir janji tidak akan menyentuh pelakon wanita ketika penggambaran sama ada filem mahu pun drama.

BACA : “Saya Mahu Bakal Isteri Yang ‘Sombong’ & ‘Kedekut’” – Fikry Ibrahim

Fikri akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar dan memberitahu kenyataanya sebelum ini mengenai isu memegang tangan pelakon wanita ketika penggambaran telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

Sebenarnya, Fikry mengatakan dia akan cuba mengelak untuk menyentuh pelakon wanita ketika penggambaran, namun ada pihak yang menyangka dia tidak langsung akan bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita.

Antara babak Fikry Ibrahim menyentuh pelakon wanita, Tasha Shilla.

“Sebenarnya, kenyataan saya sebelum ini telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

“Saya hanya katakan saya akan cuba elak menyentuh pelakon wanita ketika penggambaran, ia tidak bererti saya tak akan menyentuh langsung,” jelas Fikry kepada Gempak.

Antara babak Tasha Shilla memegang tangan Fikry Ibrahim.

Walaupun dikecam hebat, Fikry mengatakan dia menerima pendapat dan teguran orang ramai dengan hati yang terbuka dan menjadikan ia sebagai iktibar buat di masa akan datang.

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Demi Menjaga Hati Isteri, Nadzmi Adhwa Tak Mahu Sentuh Wanita Lain - TEHPANAS
  2. Demi Menjaga Hati Isteri, Nadzmi Adhwa Tak Mahu Sentuh Wanita Lain - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*