“Filem ‘Sindiket’ Bukan Filem Lucah, Tapi Banyak Adegan Dipotong” – Bade Azmi

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Bengang dengan filem terbarunya dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), Bade Azmi tampil menjelaskan rasa kurang senang sebagai pengarah filem aksi tersebut.

BACA : Filem ‘J Revolusi’ Terbaik 2017

Bade Azmi menjelaskan apa yang terkandung dan terlihat dalam filem aksi ‘Sindiket’ itu hanyalah camera trick (helah kamera) seperti mana kebanyakkan filem aksi sekarang.

Sebagai pengarah, Bade cuba menyampaikan plot cerita dalam bentuk visual tanpa mensensasikan watak dengan aksi lucah atau keterlaluan.

 “Jadi saya tak melihat ia (bahagian yang dipotong) sebagai satu perkara yang sensitif. Saya tak buat filem lucah, keterlaluan atau sensitif.

Sebanyak tujuh bahagian dalam filem Sindiket’ yang telah disunting oleh LPF dan kesemuanya adalah aksi yang menarik dalam filem‘Sindiket’ .

Yang menghairankan, dalam filem tersebut tiada sedikit pun adegan seks atau aksi bersentuhan dalam filem tersebut walaupun terselit aksi rogol, namun aksi yang mendebarkan telah dipotong.






Jangan lupa untuk saksikan filem aksi terbaru Bade Azmi ini,‘Sindiket’  yang dibarisi pelakon Sharnaaz Ahmad, Daphne Iking, Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Rashidi Ishak dan ramai lagi di pawagam berhampiran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*