“Tak Pernah Ada Dalil Tentang Imsak” – Fyn Jamal Keluar Fatwa Sendiri Ditegur Pendakwah Bebas

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Jika sebelum ini Fyn Jamal pernah ditegur oleh beberapa ahli agama termasuk mufti gara-gara menyamakan solat lelaki dan wanita, kali ini dia sekali lagi didakwa mengeluarkan fatwanya sendiri.

LIHAT : (Video) “Jangan Solat Macam Anjing, Solat Lelaki & Perempuan Sama Sahaja” – Fynn Jamal

Fyn Jamal telah ditegur oleh pendakwah bebas dikenali sebagai Musytaq Al-Ashari susulan jawapan Fynn berkaitan agama bagi menjawab persoalan yang diajukan pengikutnya dia Instastory.

Antara perkongsian yang dibuat Fynn dan menarik perhatian Musytaq ialah mengenai waktu imsak dan waktu bila wajib untuk berhenti bersahur.

“Tak pernah ada dalil tentang imsak. Rasulullah pesan makan sampai hujung. Kalau tengah minum dan kedengaran azan (Subuh) maka habiskan, jangan berhenti.

“Tapi jangan masa azan baru capai air,” tulis Fynn di Instasory

Menurut Fynn, tiada dalil mengenai waktu imsak dan dia menyarankan agar orang ramai menghabiskan makanan atau minuman walaupun azan Subuh dilaungkan.

Menerusi laman Facebook Musytaq, dia mendakwa pandangan Fynn itu ternyata salah dan dia menjelaskan seseorang itu harus berhenti makan sekiranya sudah mendengar azan Subuh berkumandang.

Menurut lawan web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri ada menjelaskan, seseorang itu hendaklah berhenti serta merta daripada makan dan minun serta menyempurnakan puasa setelah kedengaran azan Subuh.

Pendakwah berkenaan turut mengingatkan netizen dan orang ramai untuk tidak mudah terpengaruh dengan pandangan yang diberikan oleh seseorang berperwatakan alim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*