(Video) Gadis Melayu Bertudung Dipeluk & Dicium Artis Kpop B1A4 Secara Live Di Kuala Lumpur

11/01/2015

Semalam telah berlangsung acara istimewa artis kpop kumpulan B1A4 bersama peminat Malaysia di Kuala Lumpur pada jam 6 petang dalam acara “B1A4 Special Fanmeeting in Kuala Lumpur – Let’s Fly With Acer”.

Acara tersebut ‘sangat-sangat’ mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila video Special Fanmeeting B1A4 bersama peminat wanita Malaysia muslim berhijab berpelukan dan bercium di atas pentas tersebar secara meluas di laman sosial.

Gadis-gadis Melayu yang bertudung ini terlampau teruja sehinggakan mudah sahaja untuk artis kpop ini memegang, memeluk dan mencium mereka. Kalau diperhatikan video gadis melayu dipeluk mat kpop ini, ada yang minta dipeluk dan bukannya dipaksa dipeluk.

Banyak komen di laman sosial yang mengatakan ini semua berpunca daripada gadis melayu ini sendiri kerana artsis kpop B1A4 tidak tahu keadaan budaya di Malaysia? Boleh macam tu?

Ada juga yang membalas balik komen tersebut dengan memberitahu sepatutnya artis kpop B1A4 perlu mengambil tahu keadaan budaya setengah tempat terutamanya di Malaysia sebelum membuat persembahan atau mengadakan sebarang aktiviti berjumpa peminat.

Sebelum ini, ramai artis Korea yang datang ke Malaysia seperti ahli Runningman (Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, Kang Gary, Ha Ha, Ji Suk Jin dan Lee Kwang Soo) tetapi pandai menjaga adab di atas pentas atau semasa berjumpa peminat.

VIDEO GADIS MELAYU BERTUDUNG DICIUM & DIPELUK OLEH ARTIS KPOP

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 1 comment… read it below or add one }

hantugila January 16, 2015 at 3:48 pm

hahaha…berlagak suci lah konon…..memalukan diri sendiri adalah….kalau dah tak ikhlas…tak payah lah nak tayang diri guna tudung cik ooiii….lebih dosa pura baik….tapi hati….lebih teruk dari yang teruk…..memalukan….

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: