“Dia Panggil Saya Perempuan Sundal!” – Gadis Ninso Dedah Cerita Sebenar Dia ‘Naik Hantu’

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Semalam kecoh di media sosial apabila rakaman video seorang gadis yang merupakan pekerja kedai Ninso marah dan melemparkan papan tanda ‘close’ kepada seorang pelanggan.

BACA : Pelanggan Lain Dedah Cerita Sebenar Pekerja Ninso Mengamuk Baling Papan Tanda ‘Close’ Pada Perakam

Walaupun kata sepakat untuk menutup kes selepas gadis tersebut meminta maaf kepada pelanggan yang merupakan seorang wanita sebagai Nurshaidah Hamdan, gadis Ninso tersebut mendedahkan cerita sebenar yang menyebabkan dia ‘naik hantu’ dalam video terbabit.

Menerusi laman Twitter, gadis Ninso yang dikenali sebagai Afifah itu pada mulanya melayan dengan baik pelanggan tersebut yang meminta barang iaitu squishy toys di belakangnya tanpa berbaris sedangkan pada masa yang sama, Afifah sedang melayan pelanggan yang sedang membuat bayaran.

“Assalammualaikum & hi. Saya staff yang dalam vid tu. Saya mintak maaf atas tingkah laku saya yg agak kurang ajar di dlm video tersebut.

And saya akan terangkan punca kejadian dimana pada wktu itu saya sedang serve customers yang beratur di kaunter saya.” – tulis Afifah di Twitter.

Menurut Afifah, dia masih juga melayan karenah wanita tersebut yang walaupun dia sibuk melayan pelanggan yang membuat bayaran dan wanita tersebut meinggikan suara sedangkan Afifah bertanya dengan baik.

Selepas selang dua pelanggan, pelanggan itu mahu menukarkan lagi squishy toys tersebut namun tidak dibantah oleh Afifah dan dia tetap tukarkan juga memandangkan benda tersebut berada di belakangnya.

“Dia dah keluarkan phone nak rakam saya, saya jadi pelik…”

Rupa-rupanya, dalam Afifah melayan karenah pelanggannya itu, dia mengeluarkan telefon bimbit dan terus merakam Afifah yang sedang memanjat kerusi untuk mengambil squishy toys yang lain.

Disebabkan tindakan wanita itu, Afifah bengang dan naik hantu seperti mana di dalam video yang kita saksikan kejadian melempar papan tanda ‘closed’ kepada wanita terbabit.

Afifah turut mengakui dirinya memaki hamun dan melempar papan tanda itu kepada wanita terbabit apabila dia mula diprovokasi dengan dipanggil ‘perempuan sundal’ oleh wanita itu.

Manakala cerita yang Afifah hendak menendang wanita terbabit pula kerana Afifah terlampau geram kerana dipanggil dengan panggilan ‘perempuan sundal’.

Malah, dalam perjumpaan permohonan maaf semalam, Afifah mengatakan wanita tersebut masih mengakui dirinya betul dan ayah kepada wanita itu langsung tidak mahu mendengar penjelasan daripada sebelah pihak Afifah.

Oh ya, Facebook akak pelanggan Ninso yang menggunakan nama Nurshaidah Hamdan tu sudah tidak wujud, nampaknya mungkin telah dinyahaktif. Sebab?

Pelanggan Lain Dedah Cerita Sebenar Pekerja Ninso Mengamuk Baling Papan Tanda ‘Close’ Pada Perakam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*