Gadis Terberak Dalam Seluar Di Tempat Awam, Teman Lelaki Bantu Bersihkan Seperti ‘Superhero’

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang gadis berusia 19 tahun berkongsi pengalaman yang memalukannya di media sosial apabila dia membuang air besar di khalayak ramai.

BACA : Tercirit Dalam Seluar Masa Maraton, Lelaki Ini Tetap Habiskan Larian

Menurut gadis dari Taiwan itu, dia dengan teman lelakinya keluar makan makanan pedas menyebabkan perutnya berasa tidak selesa dan memulas-mulas.

Memandangkan kesemua tandas awam yang berdekatan penuh, gadis itu meminta teman lelakinya menghantar pulang ke rumah dan sebelum masuk ke dalam kereta, dia sudah menanggalkan seluar pendeknya.

Namun, malang baginya apabila semasa dia menanggalkan seluar pendeknya, dia terlihat najisnya sudah melekat pada seluar pendeknya itu.

Teman lelakinya hairan dan bertanya kenapa tidak masuk ke dalam kereta, gadis malang itu memberitahu dia enggan masuk ke dalam kereta kerana sudah terberak di dalam seluar.

Gadis itu mengambil keputusan pulang menaiki bas dan semasa di dalam bas, dia tidak duduk kerana bimbang tempat duduk di dalam bas tersebut akan kotor dengan najisnya.

Sepanjang perjalanan di dalam bas, teman lelaki gadis itu memegang tangan sehingga sampai di rumah gadis tersebut. Sweet kan?

Sampai di rumah, teman lelakinya membuka pintu untuknya dan membantu ke tandas, namun gadis itu menolak bantuannya kerana takut pakaian teman lelakinya kotor dengan najisnya.

Apa yang mengejtukan, semasa gadis itu melepaskan ‘hajat’, teman lelakinya membantu menanggalkan seluar pendeknya yang penuh dengan najis dan mencuci pakaiannya serta menyediakan sepasang pakaian yang baharu untuknya.

Rata-rata netizen memuji teman lelakinya dan memberitahu gadis tersebut sangat bertuah kerana lelaki itu bukan saja sanggup menghidu bau tahi, namun sanggup mencuci seluar pendeknya yang penuh tahi!

Sumber : TeePR

Tercirit Dalam Seluar Masa Maraton, Lelaki Ini Tetap Habiskan Larian

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*