Naik Angin Dikejut Bangun Solat Asar, Gadis Tikam Bapanya Sampai Mati

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang wanita sanggup menikam pada bahagian dada pinggang dan mata bapanya gara-gara berang dikejutkan oleh bapanya bangun untuk menunaikan solat Asar.

BACA : Bapa Terpijak iPhone, Anak Tetak Bapa Guna Kapak Sampai Mati

Wanita terbabit yang juga bekas jururawat di sebuah hospital di Kota Mataram, Indonesia ditahan oleh pihak polis dan ini telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Matara, Saiful Alam semalam.

Menurut Detik News, Kejadian yang berlaku sekitar jam 4 petang, Sabtu lalu, berpunca apabila mangsa mengejutkan anak gadisnya yang sedang tidur untuk bangun menunaikan solat Asar.

Tetapi anaknya enggan menuruti arahan mangsa dan naik angin kerana tidurnya diganggu lalu mengambil pisau dan menikam mangsa hingga mati.

Mangsa yang cedera parah telah dikejarkan ke Hospital Mataram, namun sudah terlambat dan mangsa disahkan sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*