Gagal Menyeludup 94 Buah iPhone Sebab Berjalan Pelik

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang lelaki yang cuba menyeludup 94 buah iPhone dengan membalut iPhone yang telah dibungkus di badan, pinggang dan kakinya sehinggakan sukar untuk berjalan dengan biasa menyebabkan kastam curiga dan telah menahan serta memeriksa seluruh badan lelaki tersebut.

Apa yang mengejutkan, kastam telah menjumpai 94 buah iphone di seluruh badan lelaki tersebut yang dipercayai dibeli di Hong Kong dan cuba dibawa masuk ke China melalui Pelabuhan Futian, China untuk mengelakkan cukai.

Cubaan menyeludup iPhone masuk ke China gara-gara harga iPhone di negara tersebut sangat mahal berbanding di Hong Kong walaupun iPhone dibuat di China.

Jika disabit kesalahan, lelaki ini boleh didenda RM 920,000 atau dipenjara selama 7 tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. iPhone 3GS Yang Masih Baru Dijual Semula Berharga RM159 Sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*