Dipenjara Kerana Dakwa Kemaluan Bekas Isteri Bau Ikan Masin, Galih Ginanjar Alami Gatal-gatal Dalam Penjara

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sebelum ini, isu pelakon Indonesia, Galih Ginanjar mendakwa bau kemaluan bekas isterinya, Fairuz A Rafiq seperti ikan masin mendapat perhatian umum di negaranya dan termasuklah negara Malaysia.

BACA : Isu Dihina Kemaluan Berbau Ikan Masin, Anak Pelakon & Penyanyi Dibuli Rakan Sekolah

Isu terbabit memberi kesan yang besar kepada kehidupan Fairuz dan anak-anaknya yang menjadi mangsa buli gara-gara kenyataan suaminya yang mengaitkan dengan bau kemaluan wanita tersebut.

Galih yang bakal berhadapan dengan hukuman penjara maksimum selama enam tahun kerana tindakannya itu dan kes tersebut sedang dibicarakan di mahkamah.

Menurut portal Liputan6, isteri Galih, Barbie Kumalasari mendedahkan suaminya mengalami alergi kulit yang sangat teruk sepanjang berada dalam tahanan tersebut.

“Saya memang aturkan waktu sesuai untuk hadir prosiding kedua ini dan saya kosongkan jadual untuk mendengar perbicaraan suami.

“Saya juga bawa barang-barang peribadi untuk Galih antaranya bedak gatal, jam tangan, pakaian dalam dan lain-lain,” katanya.

Barbie juga sempat membawa barang peribadi suaminya termasuklah bedak gatal dan pakaian dalam semasa hadir perbicaraan suaminya.

“Di dalam (tahanan) panas, jadi kulit dia sensitif, sudah beberapa bulan saya bawakan dia bedak untuk merawat gatal-gatalnya… mungkin sebab peluh.

“Dia memang perlukan bedak untuk hilangkan gatal itu, sama juga pakaian dalam kerana sekarang musim hujan, jadi perlu banyak pakaian dalam,” – Barbie.

Barbie Kumalasari mendedahkan perkara terbabit ketika hadir ke mahkamah untuk memberi sokongan buat suaminya ketika perbicaraan kes tersebut dijalankan di mahkamah di Jakarta pada Isnin lepas.

Kes ‘bau ikan masin’ itu masih dibicarakan dan sehingga kini belum diketahui hukuman apa yang bakal diterima oleh Galih.

Hina Kemaluan Bau Ikan Masin, Fairuz Belum Dapat Maafkan Bekas Suami

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*