(Gambar) ‘Deadpool’ Ditahan Polis, Disangka Militan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Adiwira ‘Deadpool’ telah ditahan polis antikeganasan yang disangka militan semasa dalam perjalanan untuk menonton tayangan perdana filem Deadpool 2 pada awal minggu lalu.

Sebenarnya ‘Deadpool’ ini adalah peminat fanatik filem tersebut iaitu Alessandro Botta memakai kostum watak adiwira Deadpool berserta senjata replika berjalan menuju ke panggung wayang bersama rakannya, Christian.

Disebabkan itulah mereka berdua ditahan oleh pihak polis dan digari kerana disangkakan penyerang ganas kerana berpakaian sedemikian termasuk menutup wajah di tempat awam yang dilarang undang-undang di negara Switzerland.

Namun kesemua polis yang menahan mereka ketawa selepas menyedari hal sebenar dan mereka berdua dibebaskan oleh pihak polis berkesempatan menonton filem yang diminati itu.

Bagaimanapun, mereka perlu membayar denda ekoran kesalahan memakai topeng di tempat awam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*