Gambar Gadis Baring Di Bahu Aiman Tino Jadi Perhatian, Dikecam & Dikutuk Peminat Wanita

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Baru-baru ini kecoh di laman Instagram apabila gambar seorang gadis yang didakwa sebagai kekasih Aiman Tino sedang baring di bahunya mendatangkan kemarahan di kalangan peminat wanita Aiman Tino.

BACA : Aiman Tino Ada Hak Dibayar Mahal, RM10 Ribu Untuk Tiga Lagu

Menjadi tanda tanya dan kemarahan peminat Aiman, siapakah sebenarnya gadis di dalam gambar tersebut yang sangat manja dengan Aiman kerana jika diikutkan Aiman masih belum pernah mengakui dirinya mempunyai kekasih.

Dua gambar di laman Instagram gadis tersebut ‘diserang’ oleh peminat wanita Aiman Tino dan pelbagai reaksi termasuklah luahan perasaan kecewa masing-masing terhadap Aiman Tino yang dikatakan sudah mempunyai teman wanita.

Namun, gadis yang dikenali Norish Kamilya tampil membalas komen peminat Aiman Tino dan memberitahu dia bukanlah teman wanita Aiman seperti yang disangka, tetapi dia dan Aiman merupakan kawan lama.

Gambar dirinya nampak seperti baring di bahu Aiman Tino adalah tidak benar katanya, mungkin sudut kamera yang menyebabkan wanita tersebut nampak seperti baring di atas bahu.

ArtisBuzz – Baca komen peminat-peminat Aiman Tino, semua nampak macam patah hati… Ahaks! Bertabahlah yaa…

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*