Gara-gara Ponteng Pantang, Sharifah Sakinah Dikecam Peminat

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Selepas memuat naik di Instagram foto lengkap berpakaian dan berkasut sukan dengan caption ‘ponteng pantang tepi lift‘ mengundang bencana apabila rata-rata peminat dan netizen mengkritik tindakan Sharifah Sakinah itu.

Foto ponteng pantang itu telah dikecam hebat dan ramai yang mengatakan tindakan Sharifah Sakinah itu tidak wajar memandangkan berpantang adalah satu kewajipan bagi ibu selepas bersalin.

Mungkin bengang dengan komen-komen berbaur kecaman dan kritikan, Sharifah Sakinah memuat naik lagi foto beliau sedang menjamu selera dengan makanan dalam berpantang dengan caption yang mengatakan makanan dalam pantang adalah yang terbaik.

Sakinah juga menyindir peminat dan netizen agar memberi komen dengan makanan apa yang boleh dimakan dan makanan yang tidak boleh dimakan semasa berpantang.

Tapi ramai juga yang tidak faham dengan ayat sindiran Sharifah Sakinah, dengan ikhlas memberi komen mengenai makanan dalam berpantang.

Sebelum gambar ponteng pantang tepi lift tu viral, Sharifah Sakinah dua minggu lepas pun dah ponteng pantang sebab pergi shopping raya katanya. Ahaks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. THR Gegar Putar Azan Awal, Rakyat Kelantan Mengamuk
  2. "Instagram Saya Pun Bukan Free" - Sakinah Bengang Stesen TV Minta Promo Drama Di IG - TEHPANAS
  3. “Instagram Saya Pun Bukan Free” – Sakinah Bengang Stesen TV Minta Promo Drama Di IG - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*