Gara-gara Tersilap Cakap, Wanita Ini Patah Tulang Hidung & Lebam Seluruh Badan Dibelasah Suami

04/10/2018

Gara-gara tersilap cakap, seorang isteri dibelasah suaminya dengan mendatangkan cedera teruk di bahagian hidung sehingga patah tulang hidung dan lebam di seluruh badan.

BACA : “Saya Potong & Campak Anu Suami Saya Ke Luar Tingkap!”

Kejadian yang berlaku di kediaman mereka di Aman Puri, Kepong, jam 12.15 pagi minggu lepas bermula apabila mangsa yang dikenali sebagai Wong secara tidak sengaja berkata tentang sesuatu yang tidak sepatutnya kepada suaminya yang sedang mabuk.

Sebelum dibelasah teruk, suspek berusia 41 tahun itu berang dan memaksa isterinya masuk ke dalam kereta, lalu dibawa pulang ke rumah mereka.

Akibat daripada dicekik dan ditampar, tulang hidung mangsa patah dan lengannya mengalami kesan lebam teruk serta hampir keseluruhan badannya cedera. Malah kesan darah juga dapat dilihat di lantai kediaman mereka.

Mangsa cuba keluar dari rumah tetapi dihalang suaminya dan Wong terpaksa menghubungi polis untuk meminta bantuan.

Memandangkan suaminya tidak memohon maaf di atas perbuatannya, Wong mengambil keputusan untuk berpisah dengannya.

Sumber : Chinapress


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: