Senarai Peserta Gegar Vaganza 2014 Final (Akhir) Didedahkan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Semalam baru sahaja berlangsungnya rancangan terbaru Astro iaitu Gegar Vaganza Astro masuk minggu kedua yang menampilkan semua penyanyi veteran ; Mamat (Exist), Rahmat (Mega), Hasnol, Fazli Zainal, Nadia, Sam (Innuendo), Ayai (Ilusi), Haleeda, Shima, Sharifah Zarina, Ifa Raziah dan Adilla yang berakhir dengan tersingkirnya Hasnol.

Apa yang mengejutkan lagi, senarai peserta Gegar Vaganza Astro 2014 untuk pusingan atau pentas akhir (final) telah didedahkan oleh salah seorang wartawan tanahair. Keratan akhbar yang jelas menunjukkan artikel lengkap mengenai rancangan Gegar Vaganza ini, mendedahkan 6 nama peserta Gegar Vaganza yang bakal berentap di pentas final.

Rakaman rancangan hiburan menarik di Astro Ria, Gegar Vaganza sudah labuhkan tirai separuh akhir dengan menyaksikan enam artis bakal berentap di pentas final”

Mereka ialah Ifa, Rahmat Mega, Mamat (bekas Exist), Haleeda, Ayai Ilusi dan Fazli Zainal. Shima yang diharap ramai ke final, tersingkir di pusingan penting itu. Suaranya hebat tapi markah juri tak memihak kepadanya. Juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim. Juri jemputan malam itu Datuk Yusof Haslam dan Ning Baizura.

kredit gambar : www.myartis.com

Konsert Gegar Vaganza Astro 2014 Final (Akhir) nanti akan diadakan secara live pada 4 Januari 2015 di Astro Ria (104), Astro Prima (105) dan Maya HD.

Apakah motif sebenar wartawan ini mendedahkan 6 finalis Gegar Vaganza ini? Adakah ini salah satu cara Astro untuk mempromosikan rancangan terbaru mereka ini? Kita tunggu dan lihat sahaja jawapan daripada pihak Astro, check it out!

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*