‘Geng Picit Roti’ Dibebaskan Jaminan Polis, Tiada Pertuduhan Akan Dibuat

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

‘Geng Picit Roti’ yang ditahan selepas melakukan khianat dengan merosakkan makanan dan minuman di kedai serbaneka Family Mart di Nilai telah dibebaskan dengan jaminan polis.

BACA : ‘Geng Picit Roti’ Direman Empat Hari, Bantu Siasatan Kes Khianat

‘Geng Picit Roti’ yang terdiri dari tiga lelaki itu dibebaskan semalam selepas tempoh reman empat hari berakhir, memetik Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar memberitahu kes sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan tiada pertuduhan akan dibuat.

“Kita sudah merujuk kes kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan tiada pertuduhan akan dibuat.

“Kesalahan yang dibuat sudah diambil tindakan reman untuk siasatan lanjut polis dan ia memadai,” – Ketua Polis Daerah Nilai

Sebelum ini, sebuah video viral di laman sosial yang memaparkan seorang lelaki bersama dua rakannya merosakkan makanan dan minuman di sebuah kedai serbaneka di Nilai menyebabkan laporan polis telah dibuat oleh pengrus kedai terbabit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. ‘Geng Picit Roti’ Dibebaskan Jaminan Polis, Tiada Pertuduhan Akan Dibuat - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*