‘Geng Picit Roti’ Direman Empat Hari, Bantu Siasatan Kes Khianat

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Semalam pihak polis ada mengatakan akan membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Seremban hari ini terhadap ‘Geng Picit Roti’ yang terdiri dari 3 remaja lelaki.

LIHAT : Video Geng Picit Roti Rosakkan Bungkusan Makanan & Minuman di Family Mart

Tiga lelaki itu direman empat hari bagi membantu siasatan kes khianat bungkusan makanan dan minuman di kedai serbaneka Family Mart di Nilai, malam semalam, susulan sebuah video viral di laman sosial media.

Perintah reman tersebut telah dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman, Nurharyatie Mohd Saini, pagi tadi selepas kehadiran ketiga-tiga suspek berusia 18 dan 20 tahun itu di Kompleks Mahkamah Seremban jam 11.30 pagi dikawal oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, suspek sebelum itu ditahan polis, jam 3.45 petang semalam.

“Mahkamah membenarkan suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 25 Jun ini bagi membolehkan siasatan dilakukan,” – Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar

Tambah beliau lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat, lapor Harian Metro.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. (Video) "Sengaja Minta Kecam!" - Buat Parodi Picit Roti, Netizen Nak Muntah Tengok Faiz Roslan
  2. 'Geng Picit Roti' Dibebaskan Jaminan Polis, Tiada Pertuduhan Akan Dibuat - TEHPANAS
  3. ‘Geng Picit Roti’ Dibebaskan Jaminan Polis, Tiada Pertuduhan Akan Dibuat - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*