Polis Mohon Reman ‘Geng Picit Roti’ Esok, Didakwa Lakukan Khianat

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Selepas ‘Geng Picit Roti’ yang terdiri daripada tiga lelaki menyerah diri di Balai Polis Nilai, pihak polis telah menahan mereka pada jam 3.45 petang tadi untuk siasatan lanjut.

BACA : Sedar Diburu Polis, Geng Picit Roti Serah Diri Selepas Minta Maaf

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar memberitahu semua suspek berusia 18 dan 20 tahun ditahan susulan laporan dibuat pengurus Family Mart yang mengalami kerugian RM30 akibat perbuatan suspek.

Permohonan reman ketiga-tiga suspek akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Seremban dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, melakukan khianat.

Sebelum ini, tular video sekumpulan remaja merosakkan makanan dan minuman di kedai serbaneka Family Mart, Nilai.

Video tersebut telah dimuat naik menerusi Instastory Instagram luqbubbles yang menyebabkan kemarahan netizen yang menontonnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*