Sedar Diburu Polis, Geng Picit Roti Serah Diri Selepas Minta Maaf

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan isu seorang remaja lelaki merosakkan makanan dan minuman di Family Mart Nilai yang telah menjadi buruan pihak polis, remaja terbabit datang ke balai polis menyerah diri.

BACA : Polis Buru Remaja Picit-picit Roti, Minum Air & Rosakkan Makanan Family Mart

Remaja lelaki di dalam video yang tular semalam bersama dua orang lagi rakannya dipercayai perakam dan pemilik Instagram luqbubbles itu datang ke balai polis Nilai, Negeri Sembilan sebaik sahaja menyedari polis sedang mencari mereka.

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun @qilahkamal_ telah berkongsi screenshot gambar 3 remaja yang bertanggungjawab merosakkan makanan dan minuman dalam premis tersebut.

Menurut @aqilahkamal_, gambar ‘geng picit roti’ itu dikongsi oleh kakaknya dan tidak diberitahu sumber dari mana tetapi jelas kelihatan latar belakang gambar tersebut adalah di dalam pejabat di dalam polis.

Semalam mereka sempat membuat video permohonan maaf secara terbuka kepada semua netizen di Instagram dan mendakwa mereka telah memohon maaf kepada semua pekerja di Family Mart serta bertanggungjawab untuk membayar balik semua yang sudah dirosakkan.

“Sekarang ni saya mahu minta maaf dekat netizen-netizen tulah yang tengok video tu, yang rasa kurang senang, rasa nak pijak ke apa semua.

“Saya minta maaf banyak-banyak, sekarang ni saya ada kat Family Mart, saya dah minta maaf dengan semua pekerja kat sini, saya nak bertanggungjawab untuk bayar balik apa semua tu lah,” – Geng Picit Roti

Namun, menurut salah seorang pekerja di situ, mereka datang untuk membayar apa yang mereka rosakkan, tetapi pekerja di situ menyuruh mereka merujuk dengan pihak atasan memandangkan kes tersebut telah menjadi kes polis.

Video Geng Picit Roti Minta Maaf Pada Netizen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Geng Picit Roti Direman Esok, Didakwa Lakukan Khianat - TEHPANAS
  2. Geng Picit Roti Direman Esok, Didakwa Lakukan Khianat - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*