‘Geng Singlet Hitam’ Berjaya Dikesan Oleh Polis

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Video kes buli yang berdurasi 4 minit 37 saat viral di laman sosial Facebook yang memperlihatkan sekumpulan pelajar di dalam sebuah bilik di asrama sekolah dibuli oleh seorang pelajar memakai singlet hitam dan beberapa remaja yang lain membuli dan membelasah pelajar yang lain.

Pelajar yang memakai singlet hitam juga merupakan ketua bagi ‘Geng Singlet Hitam’ telah dikenalpasti dan berjaya dikesan latar belakang oleh pihak polis.

Pihak polis mengesahkan bahawa video kes buli pelajar tersebut adalah video lama yang berlaku di Pontian, Johor pada tahun 2010.

Pelajar tersebut juga telah lama dibuang sekolah pada Ogos 2011 kerana masalah disiplin dan beberapa suspek yang lain serta mangsa buli turut dikenalpasti.

Tetapi malangnya sebelum ini pihak polis tidak menerima sebarang laporan mengenai insiden buli ini sehingga sekarang apabila video tersebut menjadi perbualan hangat sekarang.

Malahan pihak sekolah juga baru mengetahui mengenai video tersebut selepas tersebar di laman sosial dan Whatsapp.

Jangan risau kerana kes ini sudah dalam perhatian kes polis dan bila-bila masa sahaja ‘Geng Singlet Hitam’ ini akan berjaya ditangkap pihak polis.

VIDEO KES BULI OLEH GENG SINGLET HITAM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*