GST Dimansuhkan & Subsidi Minyak Punca Penjawat Awam Hilang Kerja

26/05/2018

Selepas 15 perkara diputuskan dalam mesyuarat pertama kabinet di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang lalu membuatkan ramai yang terkedu apabila empat agensi kerajaan dibubarkan.

BACA : Tiada Bonus & Kenaikan Gaji Penjawat Awam, Antara 15 Diputuskan Kabinet

Keputusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membubarkan beberapa agensi kerajaan seperti Majlis Profesor Negara (MPN), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Jasa, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, PH yang mahu melaksanakan manifestonya seperti menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan subsidi minyak diperkenalkan semula secara bersasar menyebabkan sebahagian penjawat awam bakal kehilangan pekerjaan.


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: