Guru Tidak Mengaku Hisap Kemaluan Dua Pelajarnya

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Klang, Selangor mengaku tidak bersalah menghisap kemaluan dua pelajar lelakinya sejurus empat pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini.

BACA : Guru Tendang Polis Wanita, Berang Anak Dimarah Selepas Kemalangan

Tertuduh, Ahmad Muzamil Pandak, 31 tahun melakukan perkara terkutuk itu empat tahun lalu di sebuah inap desa di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh antara pukul 2 hingga 3 pagi, 24 Oktober 2015 dan ketika itu mangsa berusia 11 tahun.

Bagi pertuduhan kedua dan keempat, tertuduh turut melakukan tindakan sama terhadap kedua-dua mangsa di lokasi yang sama, antara pukul 2 hingga 3 pagi keesokannya, 25 oktober 2015.

Guru pendidikan jasmani dan kesihatan itu didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Menurut portal Astro Awani, tertuduh yang baru sahaja memulakan tugas pada awal November lalu selepas digantung kerja itu dibenarkan ikat jamin RM10,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga tidak dibenarkan mendekati mangsa mahupun keluarga dan mahkamah menetapkan 6 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*