“Kalau Tak Ada Duit, Saya Boleh Bagi Percuma” – Hafiz Hamidun Dakwa Drama Insan Terpilih Langgar Isu Hak Cipta

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun meluahkan rasa kecewa apabila sebuah syarikat produksi kerana menggunakan lagu zikir nyanyiannya dalam drama Insan Terpilih yang disiarkan di TV3 tanpa kebenaran.

BACA : (Gambar) Bakal Isteri Hafiz Hamidun Janda Anak Satu Yang Cun Melecun

Menurut Hafiz, syarikat produksi Aniq Communication Sdn Bhd tidak pernah mendapatkan kebenarannya untuk menggunakan zikir ‘Ya Allah’ dan lebih mengecewakan langsung tidak memberikan sebarang kredit kepadanya selaku penyanyi dan komposer zikir terbabit.

“Mungkin akan ada orang kata takkan zikir pun tak boleh nak pakai, tapi bagi saya ia bukan soal nak minta bayaran. Sebenarnya lebih cantik kalau minta kebenaran dulu.

“Tapi masalahnya mereka langsung tak hubungi saya, isunya ialah karya kita digunakan tanpa kebenaran.

“Bukan tak boleh guna… tak ada masalah. Kalau tak ada duit nak bayar pun, saya boleh bagi secara percuma sahaja… apa salahnya,” – jelas Hafiz kepada mStar.

Menerusi Instagram, Hafiz turut meluahkan kekesalan tersebut di ruangan Instastory dan akirnya wakil pihak produksi Aniq Communication Sdn Bhd menghubungi bagi menjelaskan mengenai kecuaian itu.

Rupa-rupanya, produksi terbabit mengakui mereka terlepas pandang mengenai isu hak cipta lagu zikir yang digunakan dalam drama Insan Terpilih yang hangat diperkatakan sejak minggu lalu selepas ditayangkan.

Drama Insan Terpilih (TV3) Full Movie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*