“Saya Nekad Untuk ‘Unfollow’ Zara Zya Di Instagram dan…” – Hafreez Adam

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Mengakui perhubungan dengan tunangnya, pelakon Zara Zya dilanda dugaan, pelakon Hafreez Adam mendedahkan dirinya cukup matang untuk mengawal situasi tersebut.

BACA : Zara Zya Sorok Bercinta Dengan Pengkid, Pengurusnya Sendiri?

Menurut Hafreez, dia sedang berusaha mencari penyelesaian terbaik untuk situasi yang berlaku antara dia dan tunangnya.

“Instagram adalah tempat saya berkongsi hal berkaitan kerjaya. Tambahan pula saya bukanlah seorang yang suka memuat naik hal peribadi sesuka hati.

“Jadi, bagi mengelakkan banyak masalah dan cerita-cerita kurang enak, saya nekad untuk ‘unfollow’ Zara di Instagram dan tidak membaca sebarang cerita negatif mengenainya di Instagram. Saya bimbang andai hubungan kami dilanda masalah, ada pihak cuba menokok tambah cerita,” – jelas Hafreez kepada Harian Metro.

Hafreez mengakui tidak lagi mengikuti Zara di Instagram dan memberitahu pernah berdepan dugaan bertunang apabila ada cubaan untuk merosakkan hubungannya dengan Zara.

Zara Zya Sorok Bercinta Dengan Pengkid, Pengurusnya Sendiri?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*