“Kata Hari Tu Dah Cerai? Nanti Dah Sarat, Abu Tinggal Kau Pulak” – Hana Kongsi Video Kehamilan Dikecam Netizen

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Mungkin sekadar untuk berkongsi kegembiraan bersama pengikut di Instagram, isteri kepada PU Abu iaitu Hana Azraa memuat naik video kehamilan di media sosial itu.

BACA : “Saya Dan Abu Dalam Proses Bercerai” – Hana Azraa Akui Tidak Tinggal Sebumbung Dengan PU Abu

Namun, berita kegembiraan itu mengundang kecaman dan komen-komen negatif daripada netizen apabila mengaitkan dengan isu rumah tangga Abu dan Hana yang didakwa retak.

Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan status rumah tangga usahawan berusia 25 tahun itu dan mempertikaikan mengenai niatnya berkongsi rakaman tersebut di Instagram.

“Kata hari tu dah cerai? Ke aku yang salah baca ni. Atau hanya video throwback? Apa-apa pun tahniah.

“Kejap single mum… kejap nak cerai… kejap buka purdah, ini dah mengandung pula.” – Komen-komen yang ditulis oleh netizen.

Bagaimanapun dalam muat naik tersebut Hana tidak menyatakan usia kandungan keduanya itu dan PU Abu belum lagi memberi komen mengenai video yang dimuat naik oleh isterinya itu.

Sumber : mStar, IG Hana Azraa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*