Handbag Mewah Jenama Bijan Trending Gara-gara Najib

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Rata-rata rakyat Malaysia terkejut apabila Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh menyebut salah satu jenama handbag mewah yang berjenama ‘Bijan’ dalam sidang media khas semalam.

BACA : 72 Senarai Barang Rampasan Dari Kondo Mewah Najib Sangat Mengejutkan!

Dalam carian Google mendapati, sejak semalam carian ‘Bijan’ adalah tertinggi daripada Malaysia dan ianya juga menjadikan #Bijan trending di laman sosial terutamanya di Twitter.

Ini semua gara-gara isu skandal 1MDB bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan salah satu handbag mewah berjenama ‘Bijan’ turut dirampas dan didedahkan pada sidang media.

Untuk pengetahuan korang, koleksi mewah rekaan Bijan Pakzad seperti minyak wangi, kasut dan beg tangan dijual di butik House of Bijan adalah antara termahal di dunia.

Antara pelanggan House of Bijan adalah bekas Presiden AS, Barack Obama, pewaris takhta diraja Britain, Putera Charles, pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner, pelakon terkenal seperti Pierce Brosnan dan Arnold Schwarzenegger serta Raja Monaco, Putera Rainer termasuklah Najib dan isteri, Rosmah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*