Harga iPhone & Produk Apple Selepas GST

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sebelum ini kami telah mendedahkan harga produk Apple yang naik sebanyak lebih RM200 setiap satu terutamanya iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 5S dan iphone 5C yang disebabkan oleh nilai matawang Ringgit Malaysia (RM) yang jatuh teruk secara mendadak.

[BACA : HARGA IPHONE DAH NAIK SEBELUM GST]

Kali ini, selepas Goods and Services Tax (GST) telah mula dilancarkan semalam, merujuk laman web Store Apple Malaysia harga semua iPhone yang masih dijual oleh Apple sekarang telah naik harga mengikut nilai GST iaitu 6%.

Jika sebelum ini, hanya model iPhone sahaja yang naik disebabkan kemerosotan nilai matawang Ringgit Malaysia (RM), tetapi apabila GST dilancarkan semua produk Apple termasuk iPad, iPod, iMac, Macbook Pro, Macbook Pro dan aksesori barangan Apple juga naik 6%.

Harga iPhone 6 16gb sebelum ini adalah RM2,549 dan bermula 1 April, ianya berharga RM2,702, manakala harga iPhone 6 Plus 16gb pada mulanya RM2,949 naik kepada RM3,126.

Jika ditanya berapakah harga iPhone second hand, sudah pasti kedai-kedai handphone akan mengambil peluang untuk menaikkan harga sempena kenaikan harga untuk GST ini.

Jangan risau, bukan gajet Apple sahaja yang naik, malah gajet-gajet seperti keluaran Samsung, Asus, Lenovo, Motorola, HTC, Meizu, Vivo, dan banyak lagi naik harga mengikut ‘kehendak’ GST ini.

Psssttt… harga smartphone Oppo selepas GST tidak berubah dan masih kekal dengan harga sebelum ini.

Oh ya, untuk melihat senarai terbaru harga iPhone 6 dan produk Apple yang lain selepas dikenakan GST, anda boleh layari di laman web Apple Store Malaysia.

TehPanas – Macam ngam jer tagline iPhone 6 tu, ‘Bigger than bigger’…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*