Harga Minyak Naik & Turun, Sentiasa Berubah Mulai April 2017

06/03/2017

Mulai April 2017 ini, harga minyak akan naik dan turun mengikut harga siling (harga tertinggi) yang akan diumumkan pada setiap hari Isnin atau Sabtu setiap minggu.

Keputusan ini adalah keputusan muktamad kerajaan untuk membuka pasaran bagi harga bahan bakar dan harga siling ini akan ditetapkan oleh kerajaan bagi mengelakan bahan bakar tersebut dijual melebihi harga yang sepatutnya di pasaran.

BACA : Harga Minyak Bulan Mac 2017, Hanya 1 Jenis Minyak Naik Harga

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin, ini semuanya untuk rakyat merasai sesuatu yang ditentukan oleh Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia.

Apa yang menarik, setiap stesen-stesen minyak adalah berbeza mengikut syarikat minyak menetapkan harga masing-masing sama ada naik atau turun, mahu pun murah atau mahal dari syarikat minyak yang lain.

Harga siling bahan bakar akan dipaparkan di setiap stesen minyak di seluruh negara supaya rakyat tahu samada harga bahan bakar naik atau turun, dan mereka boleh bandingkan dengan harga yang ditawarkan oleh pengusaha stesen minyak.

Nampaknya stesen-stesen minyak di Malaysia akan meniru sistem stesen minyak di negara Thailand yang sudah lama mengamalkan sistem pasaran terbuka.

Berjayakah sistem pasaran terbuka harga minyak di Malaysia? Sama-sama kita lihat…

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: