Harga Minyak Petrol & Diesel Diumum Setiap Hari Rabu Seminggu Sekali

23/03/2017

Bermula 29 Mac ini, harga minyak petrol dan minyak diesel akan diumumkan secara mingguan setiap hari Rabu sama ada harga minyak naik ataupun turun, ia bergantung dengan harga siling minyak.

BACA : Harga Minyak Di Malaysia Sangat Murah

Tujuan perubahan drastik yang dilakukan ini, ia membolehkan trend harga runcit yang lebih stabil berbanding harga siling bulanan yang dilaksanakan oleh sistem di Malaysia ketika ini.

“Kita (KPDNKK) sudah berbincang dengan beberapa pihak berkepentingan, pengusaha stesen minyak dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan untuk melaksanakan inisiatif baharu ini.

“Hasil perbincangan berkenaan, kita sudah bentangkan kepada Jemaah Menteri, dan 22 Februari lalu dipersetujui untuk mengumumkan harga petrol dan diesel secara mingguan.” – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin

TehPanas – Adakah harga minyak seperti yang kita idam-idamkan? Kita tunggu dan lihat…

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

Previous post:

Next post: