Harga Rokok Selepas GST Tidak Benar

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan senarai harga rokok terbaru selepas GST bermula 1 April 2015  yang tersebar di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram serta aplikasi Whatsapp dan WeChat sebelum ini adalah tidak benar sama sekali.

Perkara ini dinafikan sendiri oleh Syarikat British American Tobacco (BAT) mengenai harga rokok selepas GST yang viral itu.

“Pihak kami menegaskan bahawa senarai harga itu adalah palsu dan laporan polis sudah dibuat.

“Pada masa yang sama, kami mengesa orang ramai supaya tidak mengedar senarai harga itu,” jurucakap BAT.

Jika dilihat semula pada senarai harga rokok yang palsu itu, kesemua harga rokok naik RM2 iaitu setinggi 18% bukannya 6% jika mengikut cukai GST.

Memang rajin siapa yang buat senarai harga rokok terbaru itu dan menjadikannya viral.

Tapi kalau perokok tegar, rokok naik sampai 50% pun apedehal kan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*