“Hati-hati Beli Ayam Di Bazar Ramadan” – Doktor

24/05/2018

Sebut sahaja bulan Ramadan, sudah pasti pelengkap untuk berbuka puasa adalah bazar Ramadan yang semestinya menjanjikan bermacam-macam juadah untuk berbuka puasa.

BACA : (Gambar) Manusia ‘Bertelur’ Sebanyak 202 Biji

Juadah yang berasaskan ayam adalah pilihan nombor satu di bazar Ramadan, namun tahap pembersihan ayam itu menjadi persoalan, sama ada dibersihkan dengan sempuran atau pun tidak.

Secara tak langusng, Dr. Taufiq Razif telah berkongsi mengenai kesan darah pada ayam menjadi tempat yang sesuai pembiakan kuman di Facebook. Contoh kuman yang dinyatakan oleh beliau adalah ;

  •  Campylobacter
  •  Salmonella
  •  Listeria

Kuman yang dinyatakan di atas ini juga salah satu punca keracunan makanan. Sebab itu kadang-kadang selepas makan ayam perut akan jadi cramp, cirit-birit dan muntah-muntah.

Menurut Dr. Taufiq lagi, kebiasaannya kesan darah yang berpotensi ke arah pembiakan kuman berada di kawasan tulang ayam.

Sama-samalah kita berhati-hati lepas ni kalau nak beli juadah ayam. Tak kisahlah di bazar Ramadan, restoran, kedai makan mahu pun kedai segera yang berasaskan ayam.

Tapi, kalau dah jumpa ‘kari kepala ayam ada misai’ macam ni, ni bukan kuman lagi ni. Silap-silap 8 tahun trauma nak makan ayam. Heh!


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: