Komplot Jahat Musnahkan Karier Azmin Ali, Haziq Aziz Ditahan Polis

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan tersebarnya video seks mirip seorang menteri kanan Kabinet, Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini, Haziq telah ditahan polis 5.30 petang tadi.

BACA : Jangan Sebar Video Lucah Atau Anda Akan Didenda RM50,000

Haziq Aziz ditahan semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dan perkara ini telah disahkan oleh peguamnya, Ramesh Kumar, namun tidak dimaklumkan mengapa Haziq ditahan.

“Polis hubungi saya beritahu Haziq berada di KLIA. Tetapi sebaik saya tiba di sana pukul 7.20 malam, mereka beritahu dia sudah dibawa ke Bukit Aman.

“Sekarang saya menunggu lebih banyak perkembangan terkini daripada polis. Saya juga tidak pasti ke mana dia dibawa,” katanya ketika dihubungi Jumaat malam.” – Ramesh Kumar

Menurut laporan polis, Haziq ditahan oleh pasukan siasatan khas Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk membantu siasatan berhubung dakwaan tersebut, memetik Sinar Harian.

Bagaimanapun, Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya penglibatannya dalam sebuah video seks yang tular itu dan menyifatkannya sebagai satu tuduhan jahat dan kejam serta komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian serta menjatuhkan dan memusnahkan karier politiknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Semburit & Bersemburit, Perkataan Baharu Yang Dipelajari Baru-baru Ini - HOIMEDIA
  2. Akui Dirinya Dalam Video Semburit, Haziq Aziz Jalani Pemeriksaan Di HKL - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*